Bendera terkini sekolah dilancarkan secara rasminya
pada 1 Januari 2014 yang menjadi lambang kemegahan dan keunggulan sekolah dan
dikibarkan di sekolah setiap hari, juga akan digunakan di dalam aktiviti utama
dan majlis rasmi yang dijalankan. Bendera ini terdiri dari gabungan 3 warna
iaitu kuning, merah, biru dan jata sekolah di tengah-tengah membawa maksud
seperti berikut:
KUNING – bermaksud kegigihan dan kesungguhan warga SKTDSN
dalam usaha memastikan martabat sekolah berada di tahap yang terbaik dalam
semua aspek pendidikan.
MERAH – melambangkan semangat warga SKTDSN yang
berkobar-kobar untuk membangunkan modal insan yang kamil dan mampu menghadapi cabaran
global dunia dan ukhrawi.
BIRU – kebersamaan dan keutuhan warga SKTDSN untuk merealisasikan
hala tuju sekolah ke arah kecemerlangan.
Jata sekolah terletak di tengah-tengah bendera
melambangkan tunggak utama sekolah yang didokong dengan kesepaduan ketiga-tiga
warna sebagaimana yang dihuraikan di atas.
Bendera sekolah SKTDSN ini akan menjadi obor semangat untuk warga
sekolah berusahasecara berterusan dan
berjuang untuk menobatkan kecemerlangan sekolah sepanjang zaman.
Di samping itu, sebagai pengukuh nilai pengurusan
Sekolah Kebangsaan Tun Dr Syed Nasir, dijelmakan melalui akronim SKTDSN yang
memberi nilai seperti berikut:
S – SKILLFUL (Berkemahiran)
K -
KNOWLEDGEABLE (Berpengetahuan)
T – TRANSCENDENT ( Melebihi jangkamasa)
D – DILIGENT (Bersungguh-sungguh)
S – SYSTEMATIC (Bersistematik)
N – NETWORKING (Mempunyai jaringan sosial yang luas
dengan komuniti)
Diharapkan kesepaduan ini akan membawa Sekolah
Kebangsaan Tun Dr Syed Nasir lebih berjaya seiring dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
No comments:
Post a Comment